Salam Semua...
Pada post kali saya akan membawa anda mengenali beberapa inisiatif media sosial yang terbaik untuk GIS dan Esri di Malaysia. Dalam kata lain, media-media ini boleh membawa anda berfikir dan mendalami lagi pengetahuan mengenai GIS dan mengikuti perkembangan terkini apa yang berlaku di luar sana.
Yang pertama adalah satu blog yang dinamakan "Simply My GIS". Blog ini bukanlah satu blog yang teknikal mengenai GIS, tetapi memandang GIS dari perspektif bisnes. Menurut admin blog ini (Mr Lai Chee Siew), blog ini ditulis adalah untuk bacaan eksekutif, pengurus dan pengguna non-GIS yang ingin mengenali kelebihan dan potensi aplikasi GIS di dalam membuat keputusan. Dalam pada masa yang sama, menjimatkan kos dan meningkatkan pendapatan.
Menurut beliau lagi, beliau menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, serta bertujuan untuk memberi panduan yang lebih jelas. Malah, topik-topik yang dipos mampu difahami oleh pengguna non-GIS.
2. Suka GIS
Blog "Suka GIS" ni memang sukakan GIS. Malah, admin blog ini, Encik Azlan Shah Ramli layak digelar sebagai "GeoGeek". Maksudnya, beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam GIS dan ArcGIS. Dan sukakan GIS (LOL!). Anda boleh berkomunikasi dengan beliau, bertanya tentang masalah yang dihadapi, meminta pendapat tentang projek, serta mempelajari teknik-teknik (tips & tricks) GIS.
Beliau juga banyak mengendalikan kelas-kelas latihan GIS. Beliau menulis blog ini untuk berkongsi ilmu mengenai GIS terutama ArcGIS samada dari segi konsep, teknikal, tips, teknik penyelesaian masalah dan lain-lain. Sebarang pertanyaan silalah post diruangan Comment blog tersebut atau email beliau azlansr@gmail.com.
Kepada yang ada akaun Facebook (ada ke yang takde FB?), anda boleh la search dan like FB "Esri Malaysia". Halaman Fan page ini bukanlah sekadar fan page yang hanya anda boleh like, tetapi segala perkembangan yang berlaku mengenai Esri dari Malaysia dan juga antarabangsa akan disiarkan di sini!
Anda juga boleh poskan soalan ataupun pertanyaan terus ke laman Fan page ini, dan Esri Malaysia akan bertanggungjawab memberi respon kepada anda. Malah, likers2 fan page ini boleh membina satu komuniti GIS (menuju 1000 likers pada tahun 2014) dan berinteraksi sesama sendiri.
Twitter, twitter, twiterrr. Satu lagi media sosial yang bagus. Anda follow, anda tweet dan orang lain akan follow anda dan retweet kata-kata anda semula. Satu cara yang paling pantas dan ringkas dalam menyampaikan maklumat. Bagus bukan? Oleh itu, anda yang mempunyai akaun twitter bolehlah follow twitter @esrimalaysia dan tweet. Tweetlah apa sahaja yang berkaitan dengan GIS dan hasilkan "#" anda sendiri bersama-sama Esri Malaysia.
Esri Malaysia sentiasa selari menyampaikan maklumat menerusi twitter bersama-sama dengan Facebook fan pagenya. Oleh itu, jangan lupa, follow dan like!
Oh My GIS!
0 comments:
Post a Comment