Salam...
Kebanyakan GIS user yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan software ArcGIS akan bermula dengan desktop level di mana dengan software ArcGIS for Desktop ini, pengguna boleh melakukan digitizing point, polygon dan polyline, menghasilkan peta-peta GIS, menganalisis data dan banyak lagi bergantung pada license levelnya. License level insyaAllah akan dibincangkan di post akan datang.
ArcGIS for Desktop juga sebenarnya bergantung pada License Type. Kewujudan License Type ini kerana kadangkala user mungkin mempunyai satu komputer sahaja atau lebih dari satu komputer dalam satu-satu pejabat (network). License type ArcGIS for Desktop terbahagi kepada dua iaitu Single Use dan Concurrent Use. Berikut merupakan penjelasan apakah Single Use dan Concurrent Use tersebut:
Single Use License
A single use license, also known as “node-locked license”, is optimal for one desktop installation, restricting use of a software product to one user/machine. The license is locked to a single desktop computer and does not require a license manager.
Dengan bahasa yang mudah, license single use hanya eksklusif untuk satu komputer saja, dan tidak boleh berpindah ke komputer lain kecuali kita deauthorize license tu dan pindahkan kepada komputer lain, serta authorize semula di komputer baru tu. Biasanya license dipindahkan kerana user bertukar komputer. Maklumlah teknologi semakin canggih dan user lebih selesa menggunakan komputer yang mempunyai high-end spec. License manager juga tak semestinya di install dan digunakan pada komputer, cukup sekadar kita menggunakan ArcGIS Administrator untuk mendaftar license yang kita ada. User yang biasanya tak ramai, seorang, ataupun hanya ada satu sahaja komputer boleh menggunakan license jenis Single Use ni. Kebaikan license single use ni adalah individu lain tidak mudah untuk mencuri license ke komputer mereka (komputer yang berada dalam network).
Concurrent Use License pula:
Concurrent Use License
A concurrent use license, also known as a “floating seat license”, allows users to gain access to the software from any computer on the network on which the software is installed. A license server manager administers a pool of licenses to be shared. The number of users who can run the applications concurrently at any given time is limited to number of concurrent use licenses available.
Dengan kata lain, license concurrent use adalah license network. Ia biasanya digunakan dalam satu-satu network. Satu komputer atau server akan bertindak sebagai host/administrator untuk mengawal semua license concurrent use yang ada. Jadi, kita perlu install ArcGIS License Manager pada host/server dan mana-mana komputer di dalam network boleh mengakses license tersebut dan menggunakan ArcGIS for Desktop. Ia juga bergantung pada bilangan license yang ada. Jika satu license sahaja, maka hanya satu komputer yang boleh mengakses license tersebut pada satu-satu masa. Komputer lain tidak akan boleh mengakses license tersebut kecuali pengguna tu berhenti menggunakan ArcGIS for Desktop tu. Jika dua license, maka hanya dua komputer sahaja dalam network yang boleh membuka/menggunakan ArcGIS for Desktop. Begitu juga seterusnya jika 3,4, 5 license dan seterusnya.
Kebaikan Concurrent Use License ni adalah license nya tidak eksklusif pada satu komputer dan pada satu-satu masa, license boleh digunakan pada mana-mana komputer dalam network mengikut bilangan license. Administrator juga boleh mengawal mana-mana komputer dari segi akses license. Yang paling bagus, Concurrent Use license ni membenarkan BORROWING.
Sebagai contoh, jika pengguna dalam network hendak bekerja di lapangan dan menggunakan license di luar network, pengguna boleh meminjam license tersebut daripada administrator mengikut tempoh hari yang ditetapkan oleh administrator. So, jika hanya ada 1 license dalam network, 1 license tu tidak akan berada dalam network sekiranya pengguna membawa (borrow) ArcGIS for Desktop ke kerja lapangan.
Jadi, pengguna perlu mengkaji berapa bilangan license yang diperlukan dalam network sekiranya ramai pekerja yang menggunakan ArcGIS for Desktop pada satu-satu masa.
Begitulah penjelasan mengenai License Type yang ada pada ArcGIS for Desktop dan saya harap pembaca boleh memahami konsep license yang ada pada aplikasi desktop Esri.
Sekian. Oh my GIS!
Saturday, February 2, 2013
ArcGIS for Desktop - Licensing Type
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment