Salam...
Selalunya kita biasa mendengar atau melihat penceritaan melalui pidato, perbahasan, radio ataupun TV. Penceritaan kadangkala boleh mendatangkan minat yang mendalam kerana cerita tersebut sangatlah kita suka, ataupun ia juga boleh mendatangkan bosan jika cerita tidak menarik.
Pernahkah anda dengar bahawa cerita juga boleh disampaikan melalui peta? Bagaimana?
Esri ada menyediakan banyak contoh penceritaan melalui peta di dalam laman "Storytelling with Maps" ataupun lebih dikenali dengan "Esri Story Maps". Selain sesuatu lokasi dapat ditunjukkan di dalam peta, Esri telah mewujudkan story maps ini dengan tiga objektif utama iaitu:
- Untuk mempersembahkan elemen-elemen penting dalam peta dalam bentuk yang lebih menarik
- Mengkaji teknik terbaik untuk asas penceritaan melalui peta
- Membantu mana-mana individu untuk mereka cerita mereka dalam story maps.
Kepada kaki-kaki shopping ataupun pelancong yang ingin ke US, story maps ini sangat berguna kerana ia menampilkan 50 pusat membeli belah yang terbesar ada di sana. Yang menariknya, anda boleh melihat lokasi pusat membeli-belah ini mengikut ranking daripada yang terbesar sehinggalah yang ke 50 terbesar di US.
Maklumat-maklumat lain yang terdapat di dalam story map ini ialah nama shopping mall tersebut, saiz (sq. ft.), tahun pembukaan dan ubahsuai, ada food court atau tidak, bilangan kedai yang ada, bilangan parking yang tersedia serta berapa tingkat shopping mall tersebut.
Selain anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi story maps yang ada, anda juga boleh mendownload map template tersebut, dan hanya menukarkan data story map tersebut kepada data anda sendiri.
Bayangkan jika semua yang ada di persekitaran kita disampaikan melalui Story Maps. Tidakkah ianya menarik?
Oh My GIS!
Cerita lanjut boleh didapatkan di sini!
menarik bro...
ReplyDelete