Salam...
Kepada semua pembaca,
Blog post saya pada kali ini akan menceritakan mengenai kitaran hidup produk Esri. Kitaran merupakan suatu yang pasti akan berlaku - sama ada di dalam realiti kehidupan mahupun teknologi. Kitaran bertujuan untuk penambahbaikan - menggantikan sesuatu yang baik kepada lebih baik pada suatu jangka masa yang tertentu.
Zaman berubah dan teknologi juga semakin canggih. Kepada pengguna yang sedang menggunakan ArcGIS versi 9.3.1, untuk makluman anda versi terbaru (pada masa blog ini ditulis) ialah 10.1. Versi 10.2 akan menyusul beberapa bulan sahaja dari sekarang.
Pengguna yang pernah menyertai ArcGIS Seminar dan User Conference pasti sudah maklum tentang banyak pembaharuan dan 'the power of the latest version'.
Kitaran hidup produk Esri direka dan didedahkan kepada umum bertujuan untuk membantu pengguna mengenai sumber-sumber sokongan teknikal (technical support) yang disediakan semasa jangka hayat produk dan menyediakan pemberitahuan awal tentang perubahan kepada opsyen sokongan teknikal yang ada.
Sebagai contoh, jika pengguna ingin mendapatkan ArcGIS for Desktop pada hari ini, maka produk yang sedia ialah ArcGIS for Desktop versi 10.1 (terkini). Tidak ada lagi versi 9.3, PC ARCINFO ataupun ArcView 3.x dikeluarkan. Dan sokongan teknikal untuk versi yang telah 'retired' tidak lagi dibangunkan. 'Retired' adalah salah satu fasa yang terdapat dalam kitaran hidup produk.
4 fasa dalam Kitaran Hidup produk Esri ialah:
1) General Availability
2) Extended
3) Mature
4) Retired
Pengetahuan dan pemahaman yang bagus mengenai Pelan Kitaran Hidup Produk Esri ini sangat penting kerana ia akan membantu anda dalam membangunkan, merancang, merangka penghijrahan serta strategi peralihan teknologi perisian GIS anda.
Anda boleh merujuk 4 fasa dalam Esri Product Life Cycles di sini.
Oh My GIS!
0 comments:
Post a Comment