Tuesday, February 5, 2013

Esri International User Conference - Edisi 1

Salam...

Dalam blog kali ini, saya akan mula bercerita mengenai Esri International User Conference (UC). Tujuannya mudah sahaja, untuk menggambarkan kepada mereka yang belum pernah ke sana, suasana dan pengalaman berada di negara orang dan menghadiri User Conference di kalangan 15,000 Geogeeks yang lain (gelaran Geogeeks digunakan di kalangan Esri dan pengguna GIS di sana).

Saya hanya pernah menghadiri UC ini sekali sahaja pada tahun lepas (2012) sebagai wakil dari Esri Malaysia. Yang lebih hebat, terdapat ArcGIS user dari Malaysia yang telah ke UC lebih daripada sekali (2-3 tahun berturut-turut)! Saya dapat rasakan bagaimana semangat GIS mereka untuk ke sana!   

Saya akan menceritakan Esri International User Conference atau nama panggilan ringkasnya, Esri UC dengan lebih lanjut dalam post-post seterusnya jika berkesempatan. Ceritanya panjang dan banyak perkara menarik yang perlu dikongsi di sini. 


Pada post kali ini, kita mulakan dengan 5Wives and 1Husband Questions mengenai Esri UC : 

What? (Apa itu Esri International User Conference?)
'Esri International User Conference' ialah konferens tahunan anjuran Esri, yang merupakan perhimpunan untuk pengguna ArcGIS dari seluruh dunia. Di sinilah, Founder Esri, Jack Dangermond akan berucap dan menyampaikan ucapan GIS dan hala tuju Esri di masa depan. Setiap tahun, konferens ini akan menggunakan tema menarik yang mengaitkan GIS dengan kita. Contohnya "Opening Our World".

How? (Bagaimana ke UC?)
Pengguna-pengguna ArcGIS berpeluang untuk menghadiri UC secara pendaftaran percuma dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah pengguna hanya perlu berada di bawah Esri maintenance dan memiliki sebilangan perisian ArcGIS (yang ditetapkan Esri). Pengguna juga boleh menghadiri Esri UC dengan bayaran pendaftaran yang berpatutan.
   
Why? (Kenapa Esri UC?)
Di sini lah tempatnya di mana peserta dapat bertemu dan bersemuka dengan semua - Esri staff, Esri Technical Expert, Esri User, GIS User, Geogeek, Developer, Esri Partners, GIS Exhibitors dan GIS Expert dari seluruh dunia! Di sini juga peserta dapat menghadiri technical dan non-technical workshop berkenaan semua ArcGIS - Desktop, Server, Mobile & Online! Malah, peserta dapat bertanyakan soalan secara terus kepada Esri Expertise! Saya percaya, jika tidak bertanyakan soalan pun, peserta dapat berkongsi idea GIS atau non-GIS dengan sesiapa sahaja yang hadir sama. 

Where? (Di mana?)
San Diego Convention Centre, San Diego, California, USA. Tempat ini telah menjadi seperti venue rasmi untuk Esri UC sejak beberapa tahun sebelumnya.

Who? (Siapa?)
Anda sebagai pengguna ArcGIS, sangat digalakkan untuk ke Esri International User Conference.

When? (Bila?)
Kebiasaanya Esri UC akan diadakan setiap tahun pada bulan Julai. Pada tahun 2013 ini, Esri UC akan diadakan pada 8-12 Julai.  Mengikut pengalaman saya, semua perjalanan dalam User Conference ini sangat lancar. Pengalaman ini lah yang patut dibawa dan diaplikasikan di semua konferens yang dianjurkan, tidak terkecuali Esri Malaysia User Conference. 

Fakta yang menarik, Esri akan melakukan persiapan yang rapi untuk setiap UC nya. Persediaan akan diadakan bertahun-tahun lebih awal dan bayangkan, telah ada tarikh Esri UC untuk 5 tahun yang akan datang!

Menarik bukan?

Oh My GIS!

Cerita dan rujukan lanjut di sini.


1 comments:

  1. Betul... mmg berbeza pengalaman attend ESRI UC di sana. Mcm2 pengalaman dan ilmu boleh dapat. Workshop dan exhibition pun menarik2. Saya pun berkesempatan pergi sekali saja thn 1994. Kebetulan USA host worldcup..byk ler design souvenir2 dari vendor yg ala2 worldcup..hihi

    ReplyDelete