Saturday, February 23, 2013

ArcGIS Online dan Cloud GIS - Selamat atau Tidak?

Salam semua...

Soalan yang paling popular ditanyakan orang ramai berkenaan ArcGIS Online ialah dari segi keselamatan data dan halaman ArcGIS Online itu sendiri. Ini kerana:

  • ArcGIS Online berkonsepkan 'SaaS' iaitu software as a service. Data disimpan di 'cloud', bukan di dalam premis tersendiri seperti ArcGIS for Desktop dan ArcGIS for Server. Rujukan mengenai SaaS boleh dirujuk di sini. Contoh lain SaaS ialah Salesforce.com.

  • Kandungan ArcGIS Online boleh diakses melalui web browser dan mobile selagi wujudnya talian internet.  
Lalu saya ingin bertanyakan semula kepada anda, sejauh mana anda meyakini transaksi bank yang anda lakukan secara online? Adakah anda berasa bimbang apabila maklumat penting dan sulit disimpan di dalam inbox emel anda sama ada menggunakan YMail, Gmail atau Outlook 365?

Di dalam ArcGIS Online (AGOL), beberapa aspek keselamatan telah dititikberatkan dan hal ini dibuktikan melalui beberapa aspek:

  • Di dalam AGOL, terdapat beberapa peringkat akses iaitu user, publisher ataupun administrator. User hanya mempunyai peranan paling minimum. Publisher pula hanya boleh publish hosted services daripada feature data ataupun tiled map data. Manakala, administrator mempunyai peranan yang dominan dalam mengawal interface, mengawal users, mengawal kumpulan, mengawal permissions dan keselamatan dalam organisasi AGOL. Administrator juga mempunyai semua peranan user dan publisher. 

  • AGOL memerlukan 'username' dan 'password' untuk membenarkan pengguna mengakses data AGOL sesebuah organisasi kecuali apabila data dan map yang dihasilkan dikongsi sebagai public. 

  • Halaman AGOL boleh disetkan melalui HTTPS.

  • URL AGOL organisasi anda boleh disetkan supaya anonymous tidak menjumpai sebarang data atau map dari organisasi anda ketika melakukan searching.

  • Kesihatan AGOL (Health Dashboard) boleh disemak melalui http://status.arcgis.com/. Log selama 28 hari yang lepas boleh dilihat disini.
Banyak lagi keselamatan yang dititikberatkan apabila ArcGIS mula berganjak kepada satu lagi teknologi iaitu cloud (online). Ia boleh dibincangkan dan didebatkan bersama kawan rapat saya yang juga merupakan AGOL Expert - Firdaus Asri.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Oh My GIS!




0 comments:

Post a Comment